Tentang Produk Black G

Sihat Secara Semulajadi

Info Black G Kunyit Hitam

Black G adalah produk yang berasaskan Kunyit Hitam. Nama saintifik kunyit hitam ialah kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan tubuh badan manusia.

 

Masyarakat Tempatan telah lama menggunakan kunyit hitam secara traditional untuk masalah kesihatan berkaintan kanser, ubat kuat (Viagra semulajadi), saraf dan membina otot.

Menyedari khasiat yang banyak dan manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)  melakukan kajian terhadap tumbuhan herba kunyit hitam tersebut.

Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.

 “Selepas kejayaan menghasilkan anak benih kunyit hitam, kami di Pusat Penyelidikan Bioteknologi & Nanoteknologi melakukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi mengenal pasti kandungan bioaktif fitokimia semula jadi yang bernilai tinggi dalam kunyit hitam. Bioaktif ini mampu membantu dan memulih kesihatan tubuh badan,” katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, hasil kajian itu berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.

Katanya, bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Menurutnya, dia dan pasukannya melakukan R&D selama lima tahun bagi keseluruhan pembangunan produk bermula daripada penghasilan anak pokok kultur tisu.

Mengulas berhubung pokok kunyit hitam, Dr Zuraida berkata, ciri-ciri tumbuhan herba itu berwarna ungu hitam dan kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja digunakan.

0
Produk Anda
× Hubungi Kami Disini