Pokok Kunyit Hitam Black G

Pokok Kunyit Hitam (Curcuma Caesia)

Pengenalan Pokok Kunyit Hitam 

 

  • Pokok kunyit hitam Merupakan tumbuhan bermusim yang jarang ditemui.
  • Ketinggian sekitar 30cm sahaja.
  • Membiak melalui rizom dan pecahan rerumpun.
  • Rizom berwarna biru kehitaman dan semakin gelap apabila semakin tua, mengeluarkan bau yang kuat dan berasa agak pahit jika dimakan.
  • Bahagian atas daunnya mempunyai tanda garisan berwarna merah hati ditengah-tengah dan batangnya berwarna gelap di pangkal.
  • Mempunyai persamaan yang hampir dengan temu hitam (Curcuma aeruginosa) namun dapat dibezakan melalui warna rizomnya yang lebih gelap dan bau rizomnya.
  • Popular kerana nilai perubatannya yang unik.
  • Dipercayai dapat memanjangkan umur dan mempunyai nilai mistik.

 

Pokok Kunyit Hitam (Curcuma caesia) merupakan sejenis pokok herba kunyit daripada keluarga Zingiberaceae yang jarang kita jumpa. Pokok kunyit hitam ini popular di India sebagai satu daripada bahan rempah untuk dijadikan bahan perubatan tradisional. Setakat ini hanya ada beberapa Stesyen Pertanian dan beberapa individu yang mengusahakan tanaman ubatan sahaja yang menanam dan kenal akan tumbuhan ini.

 

Kehebatan kunyit hitam ini kerana ia banyak digunakan dalam perubatan dimana didakwa terdapat 30 komponen atau kandungan penting didalamnya iaitu pati minyak (97.5%) dan komponen lain seperti Camphor (28.3%), Ocemene (8.2%), ar-tumerone (12.5%), ar-cucurmene (6.8%) dan banyak lagi. Bagaimana pun kegunaan utama komponen daripada pokok kunyit hitam adalah untuk bahan mandian membersihkan badan dimana sejak dulu lagi telah popular dalam ‘Turkish Bath’. Walau pun kita di Malaysia agak kurang menanam dan mengenali kunyit jenis ini tetapi ramai orang yang memang mencari benih untuk ditanam bagi tujuan perubatan.

 

Produk Kunyit Hitam Black G

 

Pokok kunyit hitam ini merupakan tumbuhan bermusim yang jarang ditemui dinegara kita. Walaupun begitu di Malaysia terdapat dua jenis yang mempunyai nilai dalam perubatan tradisional iaitu kunyit hitam  dan ia mempunyai warna kehitaman pada keseluruhan bahagian pokok. Kunyit hitam yang berwarna hitam pada seluruh bahagian pokok ini varieti yang paling sukar dijumpai.

 

Tumbuhan ini berdaun agak runcing dengan tangkai daun yang panjang (Sila lihat foto disebelah). Daun yang berwarna hijau dengan jalur dibahagian tengah berwarna coklat hitam ini keluar daripada pangkal rumpun membentuk seperti rosette. Pokok kunyit hitam yang renek ini hanya mempunyai ketinggiannya sekitar 30cm sahaja (1 kaki).

 

Pokok kunyit hitam yang asli ini mempunyai daun yang agak lebar berwarna hijau dengan sedikit palitan kehitaman pada bahagian atas daun. Rizomnya berwarna hitam keseluruhan bahagian dengan ada jenis akar serabut disekelilingnya. Ia sering digunakan oleh pengamal perubatan tradisional Melayu sebagai bahan perubatan berkhasiat.

 

Penanaman tumbuhan pokok kunyit hitam ini boleh dilakukan diatas tanah yang dibuat batas atau pun didalam pasu sahaja. Ia memerlukan tanah subur yang kaya dengan bahan organik dan mempunyai sistem saliran yang baik. Rizom kunyit akan busuk jika terendam dalam air untuk masa yang lama.

 

Bagi kita untuk mendapatkan benih pokok kunyit hitam ini agak sukar kecuali mencari daripada taman herba atau petani yang menanam tanaman herba atau ubatan.Terkini saya keladang Nasuha di Pagoh dan beliau mengatakan dia memang mempunyai simpanan benih kunyit hitam sebagai koleksinya. Lazimnya pokok ini membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.

 

Teknik memilih benih adalah daripada rizom dengan mempastikan tumbuhan yang cukup matang dan belum kering. Pecahkan rumpun dengan mengambil pokok sedia ada dan dipecahkan lagi untuk ditanam. Jarak penanaman sesuai untuk kunyit hitam sekitar 30 – 40 cm dan sepokok bagi setiap pasu penanaman.

 

Kegunaan kunyit hitam kini telah banyak diperkatakan oleh pengamal perubatan tradisional. Bahagian yang sering digunakan adalah pada rizomnya tetapi daunnya juga didakwa mempunyai nilai dalam perubatan tradisional (Sila lihat foto sebelah). Rizom kunyit hitam ini dipercayai dapat digunakan untuk kanser payudara, ketumbuhan pada sendi dan juga kusta.

 

Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)  melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.

Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.

“Apabila kami mendapatkan pokok induk kunyit hitam, kami memulakan projek dengan meminta dana RMK10 (Rancangan Malaysia Ke-10) daripada MARDI bagi tujuan pembiakan secara kultur tisu pada awal 2010.

Untuk dapatkan produk hasil kajian MARDI berasaskan kunyit hitam boleh hubungi saya 01156312373

 

 

4 Comments

  1. ramli

    assalam
    semua produk mardi ni sudah di patent ?

    boleh senaraikan harga setiap produk mardi tertera di atas.

    terima kasih

    Reply
  2. john Aqilzj

    Tuan,di perak,mardi kawasan mana yang ada jual benih??
    saya di area batang padang..

    Reply
    • Mardi Black G

      Buat masa ni MARDI tidak menjual benih kunyit hitam

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami Disini

Hubungi kami disini.

Consultant

Lutfi

Online

Lutfi

Salam. Boleh saya bantu anda? 00.00
0
Produk Anda