Kurangkan Kolesterol Ldl 11

10 Cara Kurangkan Kolesterol yang MESTI dipatuhi sebelum terlambat

Ramai yang tak sedar bahawa kolestrol adalah satu punca penyakit membunuh yang boleh menyebabkan kita diserang sakit jantung ataupun penyakit strok.Tak kira tua ataupun muda perlu tahu cara kurangkan kolesterol yang betul agar kesihatan terus terjaga daripada penyakit yang berbahaya.

Apa itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak yang terdapat dalam aliran darah ataupun sel tubuh badan kita.Kolesterol hanya boleh didapati pada tubuh badan manusia dan haiwan sahaja.Tak semua kolesterol itu jahat dan membahayakan kesihatan kita.

Ada juga kolesterol baik yang diperlukan oleh badan kita untuk untuk terus menghasilkan sel-sel,hormon dan digunakan oleh hempedu.Namun,kita kena beringat yang jika paras kolesterol tinggi dalam badan juga tak bagus untuk kesihatan.

2 Jenis kolesterol yang harus anda tahu

Dalam badan terkandung 2 jenis kolesterol HDL dan kolesterol LDL yang perlu sentiasa kita jaga agar fungsi-fungsi organ dalam badan dapat berfungsi secara baik.

1.Kolesterol baik (high density lipoprotein atau HDL)

Kolesterol ini dipanggil kolesterol baik sebab ianya membawa kolesterol lain kepada kita punya hempedu.Yang mana hempedu akan proses kolesterol yang buruk untuk dibuang dari pada badan.

2.Kolesterol buruk (low density lipoprotein atau LDL)

Kolesterol buruk atau LDL ini boleh menyebabkan salur darah tersumbat jika paras LDL terlalu tinggi.Salur darah tersumbat boleh membawa kepada penyakit sakit jantung ataupun strok.

Cara kurangkan kolesterol LDL yang WAJIB anda ikut 

1.Mula ambil ‘whey protein’

Mesti ramai yang tidak tahu bahawa whey protein ada pelbagai kebaikan untuk tubuh badan kita.Apa itu whey protein?  Whey protein adalah sejenis protein yang terhasil daripada pembuatan keju.Antara kelebihan whey protein adalah untuk membantu pembesaran otot,menambah stamina dan mengurangkan kolesterol . 

2. Pilih serat yang mudah larut air

Serat adalah antara makanan penting yang banyak membantu dalam pencernaan makanan dalam perut dan usus kita.Contoh makanan yang ada jenis serat mudah larut air adalah serat yang ada dalam oat,barli,kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.Serat jenis mudah larut air ini dapat menyerap air dan menyerap kolesterol yang ada sehingga ke kawasan usus.Ini dapat membantu usus kita untuk menyerap lebih banyak zat daripada makanan yang telah kita makan.

3.Makan makanan yang kaya dengan omega-3

Makanan yang kaya dengan omega-3 dapat merendah tekanan darah dan meningkatkan antibodi badan.Malah,dapat elak penyakit Alzheimer dengan mempertingkat keupayaan otak untuk mengingat dengan lebih lama dan cepat.Antara contoh,makanan yang paling banyak omega-3 adalah ikan salmon.Namun,harga ikan ini terlalu mahal dan tidak sesuai untuk dimakan setiap hari. 

Jadi kita boleh beralih kepada ikan lain yang masih murah seperti ikan bilis ataupun ikan kembung.Cara kurangkan kolestrol  adalah dengan pengambilan seekor ikan setiap hari ataupun ambil makanan tambahan seperti Scott’s Cod Liver Oil Capsules yang sudah siap untuk dimakan dalam bentuk kapsul.

4.Elakkan lemak trans

Hampir semua makanan mengandungi lemak trans pada kuantiti yang agak tinggi dan perlu dielakkan untuk dijadikan sebagai makanan harian.Biasanya lemak trans ini mudah kita dapati pada produk tenusu seperti susu dan produk daging.

Antara contoh makanan yang ada lemak trans:

  1. Donut
  2. Pizza
  3. Biskut
  4. Majerin
  5. Kek
  6. Popcorn
  7. Kentang goreng

5. Kurangkan makanan yang ada lemak tepu (saturated fat)

Lemak tepu adalah jenis lemak yang sukar dihancurkan oleh hormon badan kita dan perlukan masa yang agak lama untuk diproses keluar dari badan.Malah jika kita merujuk kepada WHO,lebih daripada 14.1 juta orang mengalami penyakit jantung dan strok akibat masalah salur darah yang mula tersumbat.

Kolesterol jahat iaitu LDL mudah meningkat bila penjagaan makanan yang tidak terkawal terutamanya makanan yang ada banyak makanan lemak tepu.Contohnya,minyak lemak,krim dan keju adalah makanan berlemak yang padat pada suhu bilik.

Contoh makanan yang ada lemak tepu:

  1. Daging Lembu
  2. Kambing,
  3. Majerin
  4. Keju
  5. Susu skim 

6.Ambil kacang sebagai snek ringan

Kebanyakan jenis kacang boleh mengurangkan kolesterol LDL. Hal ini kerana kacang ada sterol yang berfungsi seperti serat yang boleh membantu badan untuk menyerap kolesterol buruk. Cuma perlu diingatkan supaya jangan terlampau berlebihan makan kacang kerana kacang juga tinggi kalori.

7. Guna minyak zaitun dalam masakan

Minyak zaitun bukan sahaja bagus untuk kesihatan malah mengandungi anti-oksida yang bagus untuk kulit dan jantung yang lebih sihat.Penggunaan yang berterusan sama seperti mengambil ubat-ubatan yang dapat menurunkan kolesterol LDL sehingga 15%.

8.Mulakan senaman ringan

Senaman bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat membantu melawan obesiti dan mengurang risiko bahaya LDL.Cara kurangkan kolesterol secara senaman seperti ini juga dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Dalam satu kajian selama 12 minggu yang mengumpulkan aktiviti senaman yang melibatkan senaman aerobik dapat menurunkan paras kolesterol pada 20 wanita yang ada masalah obesiti.Mereka bersenam 3 kali seminggu selama 15 minit. Senaman ini melibatkan berjalan,lompat bintang dan senaman ringan ala Korea.

Berjalan kaki pun sudah dikira sebagai senaman. Anda hanya perlu berjalan kaki selama 30 minit sehari pun sudah cukup untuk mengelakkan risiko masalah jantung.Bila jantung sudah berada dalam keadaan sihat dapat meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan dan menjadikan jantung lebih kuat.Hal ini pasti dapat mengurangkan paras kolesterol dalam badan.

9. Turunkan berat badan

Diet pemakanan yang seimbang sangat mempengaruhi proses bagaimana badan kita memproses dan menyerap setiap zat makanan yang kita makan. Nak kurus bukan berlapar dengan tak makan sebarang makanan.Tetapi kita boleh bermula dengan kawal kuantiti dan pemilihan makanan kita.

Sebagai contohnya, mula kurangkan pengambilan makanan berlemak dan banyak karbohidrat seperti nasi. Hal ini akan menjadikan berat badan kita mula berkurang dan menjadikan jantung lebih mudah untuk menyalurkan darah ke seluruh badan.

Hasilnya kita tidak lagi berasa cepat letih ketika naik tangga ataupun rasa lenguh walaupun sekadar berjalan kaki selama 10 minit.Fizikal badan semakin sihat dan bertenaga hasil daripada penjagaan makanan yang betul untuk mengurangkan berat badan.

10. Berhenti merokok

Perokok biasanya tidak menyedari yang asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan dirinya sendiri malah orang yang ada disekeliling mereka.Sel dalam badan perokok biasanya sukar untuk memproses kolesterol yang ada dalam badan kerana terhalang oleh kesan tembakau.

Asap rokok yang disedut oleh perokok telah merosakkan paru-paru malah menyebabkan sel-sel dalam badan tidak lagi berfungsi seperti biasa.Kegagalan sel ini untuk bergerak seperti biasa akan menyebabkan salur darah dan bahagian jantung mula tersumbat.Seterusnya,membawa kepada sakit jantung.

Jika kita merujuk sebuah kajian yang dijalankan kepada beberapa ribu perokok di kawasan asia pasifik menunjukkan bahawa merokok meningkatkan kadar kolesterol dalam badan dan merendahkan paras kolesterol baik iaitu HDL.Maka,seharusnya perokok berhenti segera merokok demi menyelamatkan kesihatan diri.

Anda boleh terus follow cara kurangkan kolesterol yang kami kongsikan ini dan share dengan rakan anda yang ada masalah paras kolesterol yang tinggi tu.

Bagaimana Kunyit Hitam Menurunkan Kolestrol?

Sekiranya anda ingin menurunkan kadar kolesterol tanpa ubat atau secara semulajadi, harus diingatkan bahawa kunyit hitam bukanlah sesuatu ubat ‘magic’ yang boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.
Pengambilan konsisten kunyti hitam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat akan membantu anda menurunkan kolestrol dengan berkesan.

Khasiat ekstrak kunyit hitam dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dengan berkesan.

Fungsi kunyit hitam

  • menyingkirkan kolestrol jahat LDL
  • merendahkan tekanan darah
  • memperbaiki peredaran darah
  • menguatkan dinding arteri

Untuk tempahan Kapsul Black G kunyit hitam kajian MARDI melalui SLA hubungi/whatsapp 01156312373

3 Comments

  1. Suhana

    Untuk turunkan kolestrol

    Reply
    • Mardi Black G

      Untuk kolestrol sesuai ambil kapsul Balck G

      Reply
    • Mardi Black G

      Boleh ambil kapsul Black G

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0
Produk Anda
× Hubungi Kami Disini